Friday 12 June 2015

ASSIGNMENT INDIVIDUAL: 20 orang usahawan terkaya Malaysia (BM)



ASSIGNMENTS


Individual
        -  20 orang usahawan terkaya Malaysia (BM)
             Zakaria Bin Othman Director 



Individual
        -  20 orang usahawan terkaya Malaysia (BM)  
            Mohamad Shafiq Bin Roshidi 





Individual
        -  20 orang usahawan terkaya Malaysia (BM)
             Mohd Khairil Efendy Bin Amir 



Individual
        -  20 orang usahawan terkaya Malaysia (BM)
             Mohd Shahfrul Ainur Bin Mohd Shahdan 




Individual
        -  20 orang usahawan terkaya Malaysia (BM)
             Muhammad Hanis Bin Abdul Hamid

ASSIGNMENT INDIVIDUAL: Usahawan Idol / From Zero to Hero (BM)

ASSIGNMENTS

Individual
        -  Usahawan Idol / From Zero to Hero (BM)
             Zakaria Bin Othman Director 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Individual
        -  Usahawan Idol / From Zero to Hero (BM)
             Mohd Shahfrul Ainur Bin Mohd Shahdan 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Individual
        -  Usahawan Idol / From Zero to Hero (BM)
             Mohd Khairil Efendy Bin Amir 

Irfan Khairi



"Irfan Khairi Jutawan Muda"



Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usia muda menjadi impian setiap insan. Pierre Omidyar, pengasas laman lelongan menerusi internet yang lebih dikenali sebagai eBay menjadi jutawan pada usia yang belum pun mencecah 30 tahun.



Berikutan kejayaan Omidyar, mendorong anak muda tempatan lulusan ijazah Sarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom [UK], Irfan Khairi, 28 tahun, menceburi perniagaan sendiri di Internet.

Pemuda kelahiran Perak, tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarang menetap di Seremban ini mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet dan Multimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal umur 25 tahun. Tidak ada siapa yang menduga, anak muda yang agak pemalu dan sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah itu berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan Internet yang lain.


Menyoroti sejarah sebelum memegang status itu, Irfan setelah habis pengajian ijazah pertamanya menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd.

Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut.


Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internet secara sambilan pada 1999. Selepas mendapati pendapatan daripada perniagaan Internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda, beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan tersebut.



Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan komputer riba dan Internet. Dalam masa tiga tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM 1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya hanya RM500.



Ditanya sejak bila mula terfikir untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan seperti ini, Irfan dengan senyum yang tidak pernah lekang dari bibirnya menjawab, 'Ketika berusia 18 tahun '



'Selepas Sijil Pelajaran Malaysia, saya mula memikirkan masa depan perniagaan ini. Saya berminat menceburinya setelah mendapat banyak sumber inspirasi melalui buku tentang kejayaan orang lain yang saya baca,' Katanya.

Kejayaan yang dimilikinya itu, menurut bapa kepada dua anak ini, memerlukan usaha yang bersungguh dan terancang. 'Saya bukan bergelar jutawan dalam sekelip mata, tetapi mengambil masa tujuh tahun untuk sampai ke tahap ini,'Katanya.


Menurut Irfan, semuanya bermula apabila beliau mula berminat mendalami kejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu. 'Saya dapati mereka berjaya kerana melakukan perkara yang disukaai,'katanya.

Meminati Bill Gates yang dianggap sebagai idolanya, beliau menyatakan kekagumannya terhadap manusia paling kaya di dunia itu. 'Saya kagum dengan idea, konsep yang diketengahkan oleh beliau. Bill Gates juga seorang ayah yang baik. Walaupun beliau orang yang terkaya di dunia, tetapi masih tetap merendah diri.Kalau boleh saya ingin menjadi seperti beliau.'


'Dari awal hingga menjadi kaya, beliau buat perkara yang diminatinya iaitu pengaturcaraan [programming], Beliau menjadi kaya sebab buat perkara yang diminatinya. Saya juga selalu sarankan kepada peserta bengkel kendalian saya supaya buat perkara yang mereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri yang kita sendiri tidak tahu keadaannya. Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industri apa-apa pun boleh tetapi yang paling panting, kita minat,' jelas beliau.



Ditanya tentang kelebihan perniagaan Internet, Irfan berkata, 'Kemudahan Internet sebenarnya memberikan potensi cukup luas dalam memperluas perniagaan dan kita boleh berniaga apa-apa sahaja di luar sana. Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan.'



Menurut Irfan lagi perniagaan itu sesuai diceburi oleh siswazah menganggur kerana mereka mempunyaai pelbagai kepakaran bidang yang boleh diniagakan menerusi internet, asalkan mereka celik IT, mempunyaai peralatan komputer, dan kemudahan Internet.



'Perkara yang penting ialah kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri untuk menjadi yang terbaik dan peluang menjadi jutawan sebenarnya terbuka luas untuk semua orang, ' tambah beliau.

Perniagaan Internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble, sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK,negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia.


Antara perniagaannya yang berjaya termasuk mereka cipta E-book, mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO [Searca Engine Optimization ], Menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, E-Niaga, dan e-pembelajaran.



Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya malah menulis buku berjudul, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan Internet. Dalam buku tersebut, beliau mencadangkan supaya pembaca yang ingin menjalankan perniagaan Internet hanya menjual satu produk atau perkhidmatan sahaja untuk setiap laman web yang dibangunkan kerana ini memudahkan mereka mencapai kejayaan.



Tidak ketinggalan beliau juga memberikan beberapa panduan bagaimana pembaca boleh membangunkan laman web mereka sendiri. Buku setebal 158 halaman terbitan Truewealth Sendirian Berhad ini berguna untuk mereka yang merancang untuk menjalankan perniagaan Internet.



Sehingga sekarang, Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata. Katanya, hidup mesti diteruskan walaupun sudah bergelar jutawan.'Walaupun harta akan ditinggalkan setelah mati, tetapi berfikirlah bahawa pekerjaan yang kita lakukan hari ini adalah untuk kesenangan 1000 tahun lagi. Maka, wajib bekerja dan bekerja'

 --------------------------------------------------------------------------------------------------------


Individual
        -  Usahawan Idol / From Zero to Hero (BM)

             Mohamad Shafiq Bin Roshidi 


RAMLY MOKNI

PENERANGAN TENTANG PODUK
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati.

Burger Ayam dan Burger Lembu
Burger Ayam Ramly yang pertama dikeluarkan ialah dalam tahun 1979 dan ia adalah salah satu produk pertama yang dikeluarkan oleh Ramly.

Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa, Pewarna dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C

Saiz Pek: 420g, 360g & 300g


Burger Ayam Rasa Panggang dan Burger Lembu Rasa Panggang
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 420g


Burger Ayam Oblong Klasik, Burger Lembu Oblong Klasik dan Burger Kambing Oblong Klasik
Ramuan Burger Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Ubi Kentang, Lada Hitam, Rempah dan Garam. Mengandungi MSG sebagai Penambah Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Ramuan Burger Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Ubi Kentang, Rempah dan Garam. Mengandungi Bahan Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Ramuan Burger Kambing: Daging Kambing, Protein Kacang Soya, Kanji Ubi Kentang, Lada Hitam, Rempah dan Garam. Mengandungi MSG sebagai Penambah Perisa dan Kondisioner Makanan yang dibenarkan.

Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C / Saiz Pek: 700g



Roti Burger dan Roti Frankfurter
Ramuan Roti Burger: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji, 1 pek x 40 biji
Ramuan Roti Frankfurter: Tepung Gandum, Ragi Garam, Gula, Minyak Sayuran dan Mengandungi Kondisioner Makanan yang dibenarkan.
Saiz Pek: 1 pek x 10 biji


Frankfurter Ayam dan Frankfurter Lembu
Ramuan Frankfurter Ayam: Daging Ayam, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452) dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.

Ramuan Frankfurter Lembu: Daging Lembu, Protein Kacang Soya, Kanji Jagung Terubahsuai dan Rempah. Mengandungi Bahan Penambah Perisa (E450,E451,E452), Pewarna dan Pengawet Makanan (E250, E252) yang dibenarkan.

Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C

Saiz Pek: 340g, 1kg


Daging Kisar
Daging Ayam Kisar dan Daging Lembu Kisar Ramly sangat sesuai digunakan untuk membuat kuah Spegetti, Pai Ayam, Sheppeard Pie, Kuih Cara Berlauk, Murtabak, Roti John dan Pizza.

Ramuan Daging Ayam Kisar: Daging Ayam
Ramuan Daging Lembu Kisar: Daging Lembu
Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 400g, 800g


Nuget
"Nuget Ayam Salutan Tempura" telah mendapat Anugerah Khas - Anugerah Produk Cemerlang anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar di MAHA 2008.

Nuget Daging Ramly merupakan perintis kepada nuget daging di Malaysia dan hanya Ramly yang menjual nuget lembu di Malaysia.

Ramuan Nuget Lembu: Daging Lembu, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.

Ramuan Nuget Ayam Salutan Tempura: Daging Ayam, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.

Ramuan Nuget Ayam: Daging Ayam, Protein Soya, Minyak Sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.

Ramuan Nuget Ikan: Isi Ikan, Protein Soya, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Rempah dan Garam. Mengandungi Kondisioner Makanan dan Bahan Penambah Perisa yang dibenarkan.

Cara Menyimpan: Simpan Sejukbeku Pada -18°C
Saiz Pek: 1 kg




PROFAIL USAHAWAN
Nama : Dato’ Haji Ramly Bin Mokni
Nama Isteri : Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap
Jantina : Lelaki
Mula berniaga : Tahun 1984
Pencapaian : Anugerah Usahawan Terbaik
Hasil : Mempunyai 2 buah kilang pemprosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur


PERMULAAN PERNIAGAAN

Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya. Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.


BAGAIMANA PERNIAGAAN MENCAPAI KEJAYAAN

Dato' Ramli Bin Mokni, pemilik syarikat ini, berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat kini telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd. Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecermelangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik (1982), Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984) dan Anugerah Usahawan Jaya (1992). Bukan itu sahaja malah pada tanggal 11 Disember 2009 beliau telah menerima pingat kebesaran berpangkat Dato daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda Sultan.

 Pada 2008, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan penggunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Di samping mempertingkatkan pengeluaran dan dalam waktu yang sama kualiti produk menjadi keutamaannya.

Penggunaan teknologi mesin dari awal proses hingga akhir dengan tenaga kerja yang berkemahiran dalam pengendalian mesin dijangka mampu memastikan matlamat syarikat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. SME Bank telah meluluskan pembiayaan syariah kepada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. bagi membiayai kos pembelian bahan mentah syarikat ini. Produk-produk syarikat ini telah dikenali ramai dan berkualiti tinggi. Syarikat ini merupakan syarikat Bumiputera terkemuka yang telah mencipta nama dalam industri makanan sejuk beku di negara ini.


CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT
1)Isu DNA babi dalam Ramly Burger
Isu DNA Babi dalam Ramli Burger telah heboh diperkatakan pada suatu ketika dahulu. Ia berikutan  sebuah blog memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang mendakwa  jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah menemui DNA babi hasil kajian satu sample produk Ramly Burger di sana.

Perkara ini telah dinafikan sekeras kerasnya oleh Dato’ Ramly bin Mokni, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramli yang mengeluar dan memasarkan produk tersebut. Dalam surat terbuka  bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa ini adalah satu fitnah untuk mensabotaj syarikat mereka yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang beragama  Islam dengan 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga beragama Islam. Beliau menambah bahawa sebagai kumpulan beragama Islam, mereka sungguh menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jabatan dan jawatankuasa halal untuk memastikan status halal  produk yang dikeluarkan.

2)Dituduh bertukar milik dengan syarikat bukan bumiputera
KUALA LUMPUR 9 Mei - Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang terkenal dengan jenama Ramly Burger menafikan bahawa kepentingan syarikat itu telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera.

Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly berkata, tidak pernah pada bila-bila masa pegangan syarikat itu dijual dan perniagaan yang berusia 30 tahun itu kekal di tangan pengasasnya, Datuk Ramly Mokni.

Siti Hayu yang merupakan generasi kedua pengasas perniagaan itu terpaksa tampil untuk menjelaskan perkara berkenaan memandangkan pelbagai spekulasi tersebar sejak kebelakangan ini.

''Banyak kenyataan di Internet menyebarkan kononnya Kumpulan Ramly telah dijual dan ia adalah satu dakwaan yang tidak benar dan kami menafikan sekeras-kerasnya.

''Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan bahawa semua produk kami adalah halal dan mematuhi setiap aspek dan prosedur Syariah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Siti Hayu berkata, pihak syarikat tidak tahu menahu punca dan faktor yang menyebabkan dakwaan tersebut tersebar di Internet. Tambahnya, jika ada pengguna yang masih was-was dengan kenyataannya, mereka boleh mendapatkan pengesahan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

3)Hanya dianggap sebagai sampah di Singapura
Burger Ramly sangat popular di Malaysia, Burger Ramly merupakan Ikon makanan yang kita tahu mudah didapati di pasar malam atau di kiosk - kiosk kaki lima diwaktu malam  tetapi di Singapura hanya di kenali sebagai pembungkus makanan. Ini kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan daging dan ayam Ramly Burger disana buat jangka waktu yang lama .

Sebaliknya apa yang ada adalah daging dengan jenama seperti Tasty, Sultan Burger and Armiya,kesemuanya dibuat di Singapura. Pengasas Burger  Ramly mencipta resepi burger keluarannya pada tahun 1979.Lima tahun selepas pelancaran, Ramly burger boleh didapati dimana - mana seluruh Malaysia  termasuk  Singapura, Thailand ke Filipina dan Indonesia.Tetapi hanya kertas pembungkus , mayonis, dan makanan sejuk beku seperti bebola sotong yang dipasarkan di Singapura.

  
STRATEGI PERNIAGAAN
Beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .

Pengedaran
Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.

Kualiti
Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly, adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan produktiviti produk.
  
PENCAPAIAN
Pingat Kebesaran dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj (2009)
Anugerah Usahawan Inovatif DPMM (2008)
Anugerah Projek Terbaik (1982)
Anugerah Pelanggan Pembangunan (1984)
Anugerah Usahawan Jaya (1992)
Pembekal Tahunan Terbaik (2010)

KUNCI UTAMA KEJAYAAN
Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan

Beliau juga mengakui bahawa sokongan keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
  
Rujukan :
http://www.ramly.com.my/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0510&sec=Korporat&pg=ko_02.htm
http://greenboc.blogspot.com/2011/12/cubaan-sabotaj-frankfurter-ramly-gagal.html
http://prezi.com/wudtyhaev4sy/ramly-burger/
http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/2011/12/haji-ramly-bin-mokni.html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pegangprinsip__8216_Halal_BersihdanBermutu__8217_/Article
http://makanan-gddotcom.blogspot.com/

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Individual
        -  Usahawan Idol / From Zero to Hero (BM)
             Muhammad Hanis Bin Abdul Hamid